Sunday, 15 September 2013

#3 Shell pasta with creamy carbonara

Salam,

Suami suka makan carbonara tak kira la dengan spageti atau pelbagai jenis pasta. Baru2 ni aku beli pasta bentuk siput dan aku jatuh cinta. Sedap.

Mari kongsi resipi carbonara aku buat tadi.


SHELL PASTA WITH CREAMY CARBONARA

1 tin sos carbonara cendawan (Prego)
100g shell pasta, rebus
1 sudu besar minyak zaitun
2 ulas bawang putih, dihiris
1 ulas bawang merah, dihiris
4 putik jagung muda, dihiris
50g cendawan kering, direndam dan dipotong halus
1 sudu besar mentega
Garam dan lada hitam secukup rasa
Cili padi potong (suami suka pedas)
Sedikit parutan Parmesan cheese

*boleh tambah tomato ceri, lobak merah dll ikut kegemaran. Suami tak suka tomato yg dimasak, so aku tak guna tomato.

Cara memasak:


  1. Tumis bawang dalam minyak zaitun hingga kekuningan dan naik bau. Masukkan jagung muda, cili padi dan cendawan. Masak sekejap.
  2. Tuang sos carbonara ke dalam periuk tadi. Tambah sedikit air kalau tak suka kuah terlalu pekat. Renih selama beberapa minit (lebih kurang 5 minit).
  3. Tambahkan garam dan lada hitam secukup rasa.
  4. Masukkan mentega dan sedikit keju Parmesan.
  5. Tuang sos carbonara ke atas shells pasta tadi dan sajikan. 

Selamat mencuba!

Gambar hasil lupa plak nak snap tadi dah selamat dimakan suami ;p


No comments:

Post a Comment