Friday, 20 September 2013

#5 Al-kisah 'chalk and talk'

Assalamualaikum,

Selamat malam,

My passionate, mengajar. Aku suka mengajar kelas2 sederhana sebab more excitement there. Bila budak terlalu pandai, kelas bakal jadi more bored! Huhu. Itu jika diberi pilihan....

Dulu kita tengok cikgu2 kita guna kapur je masa mengajar. Pandai jugak kita2 ni ye :p

Tapi, sila lihat tugasan anak2 anda. Kena Google cari macam2 maklumat. Tambah2 sekarang dah beralih ke PBS, bukan 100% exam oriented dah.

Guru sekarang kena lebih ke depan tentang ICT. Kang tak pasal2 anak murid tanya nak kena jawab 'tak tahu' plak. Malunya!

Kalau ikut kelas aku, aku tak gemar sangat nak guna Power Point sebab aku rasa p&p akan jadi terlalu berfokuskan guru. Budak hanya dengar, dengar, tidur..... Jangan expect budak sekarang pandai buat nota ringkas masa guru bercakap. Selagi guru tak cakap, 'salin nota' atau kelas cerdik sikit 'sambil dengar, buat nota ringkas' baru la terkedek2 mencari pen dan kertas.

Sebab tu chalk and talk akan releven sampai bila2 pun. Bila cikgu terlintas kat kepala ada point yang terlupa dimasukkan dalam Power Point contohnya, cikgu akan tulis jugak kat whiteboard. Kebanyakan sekolah dah tak guna blackboard, ada lagi ke? Klasik tu. Teringat kalau bersalam dengan cikgu2 aku dulu, tangan kasar je penangan tiap2 hari guna kapur tulis. Tapi apa hal cikgu sekarang ye, tiap2 hari hidu whiteboard ink?

Kalau buat eksperimen dengan pelajar, aku lebih suka lukis prosedur. Otak lebih mudah mentafsir gambar daripada tulisan panjang berjela2. Nota aku juga banyaknya peta minda.Aku lukis peta minda kosong, aku ajar pelajar lengkapkan. Baru nampak secara keseluruhan idea apa yang depa belajar kan.

Nampak di situ betapa aku suka chalk and talk???

Bukan bermakna aku tak suka guna teknologi. Aku guna ICT dalam kelas. Video, gambar2, gambarajah, video dari Youtube dll. Pelbagaikan teknik pengajaran, tapi cara lama jangan ditolak terus.

Oh, teaching is my passion. I'm so excited if my students throw a question. They can see my glowing eyes while answering their questions!


No comments:

Post a Comment